"اَلْجَنَّةُ تَحْتَ أَقْدَامِ اْلأُمَّهَاتِ
Maksudnya: "Syurga itu berada di bawah telapak kaki ibu-ibu."
Ibu adalah insan yg paling bermakna dalam hidup aku .
Orang kata aku lahir dari perut ibu..Bila dahaga, yang susukan aku.. ibu .Bila lapar, yang suapkan aku..ibu
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ibu . Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.. Bu!
Bila bangun tidur, aku cari.. ibu .Bila nangis, orang pertama yang datang ..ibu .Bila nak bermanja… aku dekati ibu
Bila nak bergesel… aku duduk sebelah ibu . Bila sedih, yang boleh memujukku hanya ibu .Bila nakal, yang memarahi aku… ibu .Bila merajuk… yang memujukku cuma..ibu . Bila melakukan kesalahan… yang paling cepat marah..ibu
Bila takut… yang tenangkan aku.. ibu . Bila nak peluk… yang aku suka peluk..ibu
Aku selalu teringatkan ..Ibu .Bila sedih, aku mesti call… Ibu . Bila seronok… orang pertama aku nak beritahu… Ibu .Bila bengang.. aku suka luah pada ..Ibu . Bila takut, aku selalu panggil.. “ibuuuuuuuuuuuuu! “
Bila sakit, orang paling risau adalah ..Ibu . Bila nak exam, orang palin g sibuk juga Ibu .Bila buat hal, yang marah aku dulu..Ibu .Bila ada masalah, yang paling risau.. Ibu .Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. Ibu
Yang selalu masak makanan kegemaranku. . Ibu . Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku, Ibu
Yang selalu berleter kat aku.. Ibu . Yang selalu puji aku.. Ibu . Yang selalu nasihat aku.. Ibu
Seorang lelaki datang kepada Rasulullah saw, kemudian berkata: “Wahai Rasulullah, siapakah manusia yang paling berhak aku layani dengan baik?” Beliau bersabda: “Ibumu.” Orang itu bertanya lagi: “Kemudian siapa?” Beliau menjawab: “Ibumu.” Orang itu bertanya lagi: “Kemudian siapa?” Beliau menjawab: “Ibumu.” Lalu orang itu bertanya lagi : “Kemudian siapa?” Beliau berkata : “Ayahmu.” - Abu Hurairah ra.
pengorbanan seorang ibu tidak boleh dibayar harta bnd . sedarlah wahai manusia betapa tingginya jasa ibu . aku harap kita dapat membahagiakan ibu kita selagi dia masih ada . agar kita tak jangan menyesal kemudian .
Ibu bergenang airmata ku
Terbayang wajahmu yang redup sayu
Kudusnya kasih yang engkau hamparkan
Bagaikan laut yang tak bertepian
Biarpun kepahitan telah engkau rasakan
Tidak pun kau merasa jemu
Mengasuh dan endidik kami semua anakmu
Dari kecil hingga dewasa
Hidupmu kau korban
Biarpun dirimu yang telah terkorban
Tak dapat ku balasi akan semua ini
Semoga Tuhan memberkati
Kehidupanmu ibu
Ibu kau ampunilah dosaku
Andainya pernah menghiris hatimu
Restumu yang amatlah ku harapkan
Kerana di situ letak syurgaku
Tabahnya melayani kenakalan anakmu
Mengajarku erti kesabaran
Kau bagai pelita di kala aku kegelapan
Menyuluh jalan kehidupan
Kasih sayangmu sungguh bernilai
Itulah harta yang kau berikan
Ibu kau ampunilah dosaku
Andainya pernah menghiris hatimu
Restumu yang amatlah ku harapkan
Kerana di situ letak syurgaku
Tabahnya melayani kenakalan anakmu
Mengajarku erti kesabaran
Kau bagai pelita di kala aku kegelapan
Menyuluh jalan kehidupan
Kasihanilah Tuhan
Ibu yang telah melahirkan diriku
Bagaikan kasih ibu sewaktu kecilku
Moga bahgia ibu di dunia dan di akhirat sana
Moga bahgia ibu di dunia dan di akhirat sana
*Aeman -ibu .
Ibu kita selalu simpan pahit sedih dia , sbb tknk kita tahu tk nak kita risau akn dia . dia selalu kate kt kita jge kesihatan lau kita sakit dia yg bawk kita g klinik , mcm org gila dia lau tahu kita sakit , ambil berat dia bkn buat2 . tp kasih syg yg dia tunjuk kn kt kita . kita kene tahu dia lahh ibu kita satu2 nya , dia lahh yg lahirkn kita .besryukurlah kita dpt lahir didunia nie , time birthday tu jgn nk enjoy sgt , berterima kasih lah kt dia sbb dia sggup lahirkn kita . mamcm mana buruk pon mak kita dia tetp mak kita , dia lah segalanya .Jangan kita nk kurng ajar ngn mak kita , igt tu ckp baik baik . jgn bagi dia terluka . kasih ibu itu membawa ke syurga . kekal abadi .
Firman Allah dalam surah al-Isra’ ayat 23: maksudnya "Dan Tuhanmu telah perintahkan supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadanya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya atau kedua-duanya sekali sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "uh" dan janganlah engkau menengking, menyergah mereka tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun)."
ini adelah peringatan buat aku dan juga korng , :) renungkanlah .
salam .
No comments:
Post a Comment