Niqab atau furdah .

Assalamu'alaikum w.b.t  kaum adam dan hawa  . 

hari ni ana nk berbincang pasal niqab .
Definasi Niqab : Niqab dengn erti kata lainnya ialah Furdah/Purdah ,sehelai kain yg menutupi wajah iaitu mulut dan hidung selain mata . kaum hawa je yg pakai niqab ini untuk memelihara dirinya .


Dlam Al-Quran dalam surah An-Nuur ayat 31 -
“Katakanlah kepada wanita-wanita beriman: ‘Hendaklah mereka menahan pandangan mereka, dan memelihara kemaluan mereka, dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka kecuali yang (biasa) nampak daripadanya.’” 



Saya ahli satu group ni difacebook . kalau saya tidak pasti dan tktahu sy akan menanya mereka yg lebih tahu dalam group ini . Ini salah satunya . saya kurang pasti kerana ada seseorng yg bertanya juga kepada saya ,untuk kepastian sy tnya kepada ahli group ini ;) dan inilah jawapanya ~


Alhamdulillah selepas bertanya kepada mereka sy faham . Syukur :')  harap diberi manfaat kepada semua si pembaca blogku .. Wallahu'alam .

UAI Memberi penerangan soal niqab :

Jawapan dripada Ustaz Azhar Idrus

Soalan :

Assalamualaikum Ustaz.


Apakah hukum berpurdah bagi muslimat keperluan berpurdah bagi zaman sekarang? Ada segolongan yang berpurdah menyatakan purdah merupakan pakaian isteri Rasulullah s.a.w, betul ke..? harap dapat jelaskan... Terima kasih.
................................................................


Jawapan dari Ustaz Azhar:
Wa'alaikum salam.


Aurat wanita dihadapan lelaki ajnabi ada dua pendapat ulamak. Pertama sekelian badan melainkan kedua tapak tangan dan wajah manakala pendapat kedua pula sekelian badannya termasuk wajah adalah aurat yang wajib di tutup.


Pendapat pertama adalah ulamak2 mazhab Hanafi dan Maliki dan pendapat kedua pula ialah ulamak2 mazhab Syafie dan Hanbali.


Bagi pendapat yang mengatakan muka dan dua tapak tangan bukan aurat itu tetap mewajibkan wanita memakai hijab yang menutup wajah. Perintah tutup ini bukan kerana wajah adalah aurat tetapi sebab menutup pintu fitnah. Memang kita tak dapat menafikan wajah wanita adalah sebesar2 fitnah yang mengundang berbagai maksiat dan dosa.


Cara terbaik bagi wanita pada zaman sekarang ini tiada lain melainkan memakai hijab yang menutup wajahnya memandangkan kebanyakkan lelaki pada zaman sekarang adalah fasiq dan tidak bermoral.


Jangan kita terkeliru dengan perkataan hijab dan aurat. Hijab adalah jauh berbeza daripada aurat.


Aurat bermaksud suatu yang wajib ditutup sekalipun dari pandangan mahhramnya sendiri manakala hijab adalah suatu yang lebih dari sekadar menutup aurat.


Kepada sesiapa yang mahukan penjelasan dan dalil2 yang terperinci tentang kewajipan berpurdah ini silalah merujuk kitab "Tafsir Ayaatul Ahkam karangan Syeikh 'Ali As-Shobuni juzuk ke 2 muka surat 103-126.


Di sana boleh kita lihat kesemua dalil2 dari Al-Quran & Sunnah dan perkataan Abu 'Ala Al-Maududi tentang kesalahan orang2 yang mengatakan wanita tidak perlu memakai hijab yang menutup wajahnya.


Wallahu'alam. 








Kepada Wanita2 : 
Pada mata lelaki, perempuan ini adalah simbol. 
Simbol apa, semua orang tahu. 
Orang lelaki mempunyai imaginasi yang nakal jika 
tidak dikawal dengan iman. 
Maka mata lelaki ini selalu menjalar 
apabila terlihat seorang perempuan. 

Setiap bentuk badan seorang 
perempuan boleh dihayati oleh seorang lelaki 
dengan berbagai-bagai tafsiran nakal nafsu. 

Apabila seorang lelaki terlihat seorang
perempuan, Maka perkara pertama yang akan
dilihatnya ialah
rambut wanita berkenaan.
Maka akan ditafsirlah berbagai2 cara oleh
seorang lelaki akan rambut wanita berkenaan.
Oleh kerana itulah wanita wajib menutup
rambutnya.

Apabila rambut wanita itu telah ditutup, Maka
mata lelaki itu akan turun ke bawah melihat
bentuk lehernya,
Maka wajiblah wanita itu menutup lehernya.

Maka mata lelaki itu akan turun lagi
melihat bentuk dadanya,
Maka wanita itu berkewajipanlah menutup bentuk
dada dengan melabuhkan tudungnya.

Setelah itu mata lelaki akan
turun lagi melihat
bentuk ramping pinggangnya,
Maka labuhkanlah pakaian supaya tidak ternampak
bentuk pinggangnya,

Mata lelaki itu akan melihat pula akan
bentuk belakangnya,
Maka wajiblah wanita itu membesarkan pakaiannya
agar bentuk belakangnya tidak kelihatan,

Dan
lelaki itu akan pula melihat
bentuk pehanya,
Maka janganlah sesekali wanita itu memakai kain
yang ketat sehingga terlihat bentuk
pehanya walau sedikit,

Maka akan dilihat lagi oleh lelaki itu akan
bentuk kakinya pula,
Maka janganlah wanita itu berseluar, kerana
terus-terang pihak lelaki bercakap, walau
muslimah itu bertudung labuh, berbaju labuh,
jika beliau meMakai seluar,walau nampak besar
sedikit, nafsu kami lelaki akan terusik secara
sepontan, entah tak tahu Kenapa?

Mata lelaki ini nakal, setelah tidak ternampak
akan bentuk kakinya,
Maka akan dilihatlah pula akan mata lelaki itu
kepada kakinya,
Maka wajiblah wanita itu untuk menolong lelaki
itu tidak berdosa, menutup kakinya dengan
melabuhkan kain, atau meMakai stokinyg warnanya
jangan sesekali berwarna kulit perempuan,
Maka mata lelaki ini akan kembali ke atas,
akan melihat pula
bentuk tangan wanita itu,
Maka tolonglah wahai muslimah, agar melabuhkan
tudung menutupi bentuk tangannya yang indah pada pandangan lelaki.

Maka wahai lelaki,
janganlah pula kamu melihat mukanya,
kerana ia akan menimbulkan fitnah, kecuali jika
kamu wahai lelaki, ingin meminangnya.
Jika wanita itu cukup soleh, takut mukanya yang
cantik akan menimbulkan fitnah,
Maka berpurdahlah kamu,
jika itu lebih baik untuk kamu.

Tetapi mata lelaki ini ada satu lagi jenis
penyakit,iaitu mata
lelaki itu akan tertangkap dengan sepontan jika
ia terlihat
warna yang menyerlah atau terang
jika ianya berada pada perempuan.

Maka oleh itu wahai perempuan, tolonglah jangan
meMakai pakaian yang warnanya terang-terangan
sangat.
Jika hendak pakai pun, pakailah untuk suami.
Itulah wahai muslimah, jika anda semua ingin tahu
apakah dia mata lelaki itu, dan perlu
diingatkan, jika semua aurat telah ditutup,
jangan anggap tugas kita telah selesai, perlulah
pula kita menjaga kehormatan diri masing2,
jangan keluar seorang2,keluarlah dengan
mahram, atau keluarlah sekurang2nya 3 wanita agar
tidak diganggu gangguan luar, mata lelaki pula
janganlah menjalar langsung kepada muslimah,
walau muslimah itu telah menutup aurat,
insyaAllah selamat dunia akhirat.

Dunia sekarang telah banyak yang cacat celanya,
sehingga ketaraf seseorang yang memakai tudung
umpama tidak menutup aurat, dan pada kaum
lelaki, mata kamu itu wajib untuk tidak
mencuri2 melihat wanita muslimah, kerana ia
dilarangi oleh Allah SWT.

Ingat-ingatkanlah wahai muslimin muslimat.
Sekilau-kilau berlian paling menarik untuk dicuri..
Seindah-indah ciptaan Allah yang paling sukar untuk dijaga adalah wanita solehah…



Teringin juga nk pakai niqab nie . hehe .kalau sampai seru InsyaAllah doakan ye ? mudah-mudahan lepas tu istiqamah lah .Doakan sya  ,Maaflah jika ade salah dan silap yea . ni pasal niqab nie saya rase tak detail lagi .insyaAllah lain kali ye :)
 Seindah perhiasan didunia adalah Wanita Solehah . InsyaAllah sy . hihi doakan sya yea ?  , Amin ! ^^

Assalamualaikum , Semoga hidup kalian dirahmati-Nya .


Salam Rmadhan  ,
Nur A'thifah Aziz Wa Norizan

Now Play ~

STALKER ??

Free Hit Counter